Aku baru jer habis baca buku Salina Ibrahim 'ATAS NAMA KASIH'... Best aa citer nih...Actually citer nih citer biasa jer...tapi ke'terror'an (erkkk...boleh terima ke word nih) skill penulis buku nih berjaya membuatkan aku nak baca jer buku nih sampai malas nak buat keje lain...
.
Dalam buku nih, kita memang dibawa menyelami perasaan watak-watak yang ada. Kite jugak disajikan ngan banyak info-info agama dan pengetahuan minda...rase cam buku ilmiah pun ade...yang memang boleh menaiktarafkan pemikiran aku...
.
Citer nih pasal Suria yang kematian ibu serta abang dan kakak iparnya...Kasih lak anak abang die yang terselamat dalam tragedi yang menimpa ahli keluarga dia yang lain....Dalam usia yang muda...dia mengambil tanggungjawab menjaga Kasih cam anak dia sendiri...Kehadiran Kasih menyebabkan dia melupakan terus keinginan untuk mencari pasangan hidup...Hidup Suria hanya untuk Kasih. Lepas tu..jeng..jeng..jeng..masuk lak bab hero...Iskandar ngan bab enemy...Datin Nik...dan seterusnya. Kalau nak tau kene la baca buku nih...best...tak rugi tau...
.
SINOPSIS
************
Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa - tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan.
Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bilamana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home