CORETAN RASE...
Because life is full of precious moments......
Dlm weekend yang baru lepas nih...aku spend mase sket baca novel Ranggau by Ramlee Awang Murshid and tengok citer Korea 'Ms. Kim Million Dollar Quest'.
Citer Ms. Kim pulak...mmg best and byk mesej positif yg disampaikan. Nurfa...mmg betul cakap u...best and kelakau citer nih...berbaloi sgt investment nak beli citer nih...Nadya beli kat S&M...harga RM32.50...ade 13 cd kesemuanya...kalau ade mase nanti Nadya letak sinopsis ringkas pasal citer nih....
Citer Tentang Dia bermula dengan kemuraman raut wajah Gadis (acted by Sigi Wimala) sampai usaha Randu (acted Fauzi Baadilla) untuk menarik gadis itu keluar dari lingkaran kehidupan jiwanya yang sedih senantiasa. Then muncul tis girl yang hanya mahu dikenali sebagai Rudi yang bekerja kat sebuah tempat makan pinggir jalan milik Pak Dibyo (Didi Petet).
Got tis' email from a friend....wanna share the info with everybody....
EMAIL CONTENT:-
BERDOA LAH SELALU AGAR D JAUHKAN SEGALA KEZALIMAN D DUNIA INI. RENUNGKANLAH
Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam, antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.
Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.
Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit. Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.
Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.
Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada.Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint. Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia. Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr.
Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang, tidak lagi dijual. Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar.
After few day menghirup angin Melaka...rase refresh giler ni bile masuk keje....Nanti bile ade mase tulis lagi...skang kene gi meeting....Adios Amigos....