Wednesday, July 27, 2005

Currently addicted gilerrrrr ngan 'FULL HOUSE'....best....best....best.....

Wednesday, July 20, 2005

Colors

I found the following very helpful....

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA:
MERAH
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA:
BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA:
MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... !

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA:
JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA:
HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Thursday, July 14, 2005

Al-Mu'allim - Sami Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers
He changed the world for the better
And made us better creatures
.
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

.
Chorus:
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam
Muhammad, mercy upon Mankind
Teacher of all Mankind.


***
Abal Qasim
(one of the names of the Prophet])
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
.
He prayed while others slept
While others ate he’d fast
While they would laugh he wept
Until he breathed his last
.
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper
Ya Mu'allim peace be upon you
Truly you are our Teacher
Oh Mu'allim..

.
Chorus:
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
.
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly

.
His speech was soft and gentle
Like a mother stroking her child
His mercy and compassion
Were most radiant when he smiled
.
Repeat ***

Tuesday, July 12, 2005

Happy Birthday, honey

You're sooooo special to me because....

  1. you're the father of our beautiful sons...
  2. you're my best friend and buddy
  3. you're my strength
  4. you're my lucky charm
  5. we've been thru a lot
  6. your words enlightens me
  7. you cherish me with surprises gifts
  8. both of us share a lot of common things
  9. both of us like to date with juz the two of us
  10. both of us love to watch movies together
  11. both of us love HONDA CITY but still couldn't afford to buy on *sob**sob*...maybe we'll get one by the end of the year....Amin...
  12. both of us hate durian, tempoyak and sewaktu dengannya...kan...kan...
  13. both of us crazy about books
  14. you're my dearest pumpkin
  15. I'm your dearest cherrie pie

I LOVE YOU
HAPPY BIRTHDAY HONEY....

Wednesday, July 06, 2005

Luahan rase

kene buat departmental plan tapi otak blank. takde mood nak keje...
.
tak sabar nak tunggu kul 5.30...nak gi sparring badminton ngan officemates....
.
tak sabar nak balik rumah kumpul with my other half and kids....
.
tak sabar nak tunggu Saturday for AF3 concert...
.
tak sabar nak tunggu weekends boleh gi jejalan ngan family....
.
tak sabar nak habiskan buku Harry Porter sebab lepas tu boleh baca novel 'BUKAN CINTA BIASA' yg pinjam dari Kak Ezan...
.
tak sabar nak tunggu novel baru Ramlee Awang Murshid 'Bagaikan Puteri' keluar...
.
tak sabar nak tunggu my auntie balik dari UK..my sis dah dubkan citer korea 'FULLHOUSE' and kirim through my aunt...
.
tak sabar nak gi Pizza Hut lagi nak makan die punyer MEATBALLS...yummy....
.
*SIGH* ok...now have to get back to work. full concetration ahead to produce the departmental plan by tomorrow....

Tuesday, July 05, 2005

Nothing much to update actually. Keje seperti biase berlambak. Buku Harry Porter 'Order of The Phoenix' tak khatam-khatam lagi. So far memang best...respek giler kat writer buku nih.....kreatif bebetul...imagination power.....
.
Konsert AF yg lepas....suke performance from Kefli....power sih.....tu yg terus letak lagu 'Berhenti Berharap' by Kefli tu kat blog nih....lagi pun lama tak tukar lagu kat blog nih...penat jer Sahri nyanyi free kat sini. Bile baca lirik lagu nih....mmg lagu nie cam 'dark song' jer. Kire kategori lagi sedih.
.
Wokay...kat bawah nie sesaje nak share one story org hantaq to me through email...sebenarnyer dah lame dah citer nih....tapi baru skrang tergerak nak letak kat sini....
.
"TEMPAHKAN SEBUAH BILIK DI NERAKA BUATKU"
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang berpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadistersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan
lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.