10 AMALAN YG TERBALIK
Jom kita bermuhasabah sket check balik amalan harian kita.
.
Kekadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tak sedar atau dah terbiasa terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Meh kita perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
.
1) Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (mlm pertama, ke2, ke3, ke7 & so on) adalah terbalik dari apa yg dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan utk keluarga simati bagi meringankan kesusahan & d kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yg ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kpd yg berhak menurut Islam?
.
2) Kalau hadir ke kenduri kahwin, orang kerap salam berisi (kasi duit). Kalau tak ada duit nak bagi, rase segan nak gi kenduri. Tapi kalau ziarah orang mati, tak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau ziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan utk menambah pendapatan.
.
3) Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, masyaAllah, pakaian asal boleh jer.
.
4) Kalau menjadi tetamu kat rumah orang dan di beri makan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut supaya makan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
.
5) Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW utk elakkan rasa riak.
.
6) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku carta perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
.
7) Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan buat kenduri sebelum bertolak tapi bila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
.
8) Semua ibubapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak hantar kelas pun berkira. Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
.
9) Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.
.
10) Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yg dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan utk org lain.
.
Cukup dengan contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya dan kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home