Wednesday, April 06, 2005

SNEAK PEAK - RAHSIA PERINDU


Hah...nak mai dah...novel baru Ramlee Awang Murshid....rase ? Rase Ayamas kot....jom kite sneak peak sket synopsis novel nih....

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang berkemungkinan besar akan menghadapi hukuman mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah makahmah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri untuk melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia diburu ketakutan, mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya diburu maut.

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya berubah.

RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada novelis thriller no. 1 Malaysia ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan.

Tuh laa lebih kurang sinopsis yang dicilok khas dari web Alaf 21...Daripada baca sinopsis jer...memang citer nih macam best tapi cuma tak puas hati last para sinopsis nih...tetiba jer cakap kat sini novel ni sarat ngan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaaan. Relevan ker??? Well, jawapannya kene tunggu habis baca buku nih dulu laa kan...


0 Comments:

Post a Comment

<< Home